Pelajar Tingkatan Dua Pengsan Dibelasah Depan Sekolah



SIBU, 22 Nov: Seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di sini lebam id mata kiri dan menerima tujuh jahitan di kepala kerana dibelasah seorang lelaki di hadapan sekolah petang semalam.

Mangsa dilaporkan ditumbuk dan dipijak oleh lelaki terbabit sehingga pengsan di hadapan pelajar lain sekitar jam 6.40 petang.

Kejadian dilaporkan terjadi setelah seorang pelajar tingkatan satu mengejek mangsa ketika mangsa sedang menunggu abang untuk menjemputnya pulang di sebuah perhentian bas berdekatan dengan sekolah berkenaan.

Bagaimanapun, ejekan itu bertukar menjadi keganasan setelah bapa saudara kepada pelajar tingkatan satu berkenaan datang dan masuk campur.

Saya dipanggil oleh bapa saudara pelajar tingkatan satu itu menyeberangi jalan raya dan saya terus dibelasahnya sehingga tidak sedarkan diri,” kata mangsa memetik laporan dari The Borneo Post.

Mangsa difahamkan lebam di mata dan berdarah di kepala kerana dibelasah lelaki yang berumur lewat 20-an.

Menurut mangsa lagi, dia percaya bapa saudara pelajar berkenaan bertindak sedemikian kerana pelajar tersebut mengadu sesuatu.

Bapa mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Sentral pada jam 8.40 malam kelmari. Kes disiasat mengikut Seksyen 232 kerana sengaja menyebabkan kecederaan. - Siakapkeli.com.my

0 Response to "Pelajar Tingkatan Dua Pengsan Dibelasah Depan Sekolah"