Kuala Lumpur: Seorang pemandu teksi yang memukul seorang wanita yang menjadi viral di Facebook, menerima padah hasil perbuatannya itu apabila dikenakan denda RM1,000 oleh mahkamah majistret di sini, hari ini.
Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Chong Kim Fah, 48, dan jika gagal membayar denda itu, dia boleh dikenakan penjara dua bulan, selepas dia mengaku bersalah atas perbuatan itu.
Chong dididakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Tan Yun Ceat, 26, dengan memukulnya dengan tangan.
Dia didakwa melakukan perbuatan di Jalan Angkasa off Jalan Nagasari, pada jam 7.40 pagi 17 November lalu.
Bagi perbuatan itu Chong didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
0 Response to "Padah pukul perempuan"
Post a Comment