Pasti ramai yang akan sedih dengan berita ini. Namun inilah kenyataan yang harus diterima. Neelofa tidak lagi akan menjadi salah seorang pengacara program Nona pada tahun hadapan. Untuk makluman, sebenarnya sudah 3 tahun Neelofa mengacara program Nona dan kontraknya akan tamat hujung tahun ini. Sehubungan itu, Neelofa mengambil keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak yang telah ditandatangani sejak Januari 2012 itu.
Kata Neelofa menerusi Kosmo Ahad semalam:-
Alhamdulillah, sudah 3 tahun saya mengacarakan program Nona. Kontrak saya bersama Nona akan tamat pada tahun ini. Saya tidak akan sambung mengacarakan program itu. Bagi saya cukuplah selama tiga tahun saya menempa nama dalam program tersebut.Saya bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada pengacara program popular itu. Kalau boleh, saya mahu mengacarakan program lain pula selepas ini.
Semoga akan ada program yang lebih sesuai dan akan lebih menyerlahkan bakat Neelofa sebagai pengacara Neelofa kelak.
0 Response to "Neelofa Bukan Lagi Pengacara Program Nona Tahun Depan"
Post a Comment