Ramai yang melahirkan rasa kagum melihat kejelitaan wajah Rozita Che Wan walaupun baru sahaja melahirkan anak. Mana tidaknya, Che Ta kelihatan amat berseri-seri dengan senyuman manis di dalam salah sebuah gambar yang telah Abang Nara kongsikan. Rupa-rupanya Che Ta telah sempat bersolek dan bersiap sebelum melahirkan puteri sulung kesayangannya.
Orang perempuan dan alat solek memang tak boleh dipisahkan. Rasanya ramai lagi ibu-ibu di luar sana yang turut melakukan perkara yang sama. Kata Che Ta:-
Memang saya bersolek dan bersiap. Bukan sebab nak masuk TV, tapi ketika melahirkan dua anak sebelum ini pun saya buat perkara sama. Malah, kalau ke mana-mana sekali pun, saya pasti akan bersiap.
Saya memang nak bersalin normal. Malah doktor sendiri pun sarankan perkara sama sebab dua anak saya sebelum ini pun dilahirkan secara normal. Jadi tidak ada masalah untuk lakukan itu.
Lahir sahaja anak dan ketika melihat wajahnya, saya rasa bersyukur dan gembira. Impian untuk memiliki anak perempuan dimakbulkan
Yang penting, ibu dan anak kedua-duanya selamat dan berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Memang sangat sesuai dengan statusnya sebagai seorang selebriti. Semoga Che Ta dan si puteri dapat keluar dari hospital dengan segera. Sama-samalah kita doakan. Sumber
MediaHiburan.
Related Posts :
Memey Suhaiza Hamil 6 Minggu, Tahniah!
Menerusi akaun Instagram beliau, Memey Suhaiza berkongsikan satu berita gembira yang mana doktor telah mengesahkan beliau kini hamil e… Read More...
(5Gambar) Wajah Lara Lodin, Anak Awal Ashaari & Scha Al Yahya dan Lisa Surihani bersama yusri
Hari ini, di instagram awal dan scha berkongsi gambar Lara yang diambil dari jauh bersama dengan Lisa Surihani dan suami, yusri. Comel y… Read More...
5 Gambar terkini Abby Abadi berpurdah paling mempersona
Ramai mengetahui penampilan bekas pelakon, Abby Abadi sudah berubah ke arah yang lebih baik. Dulunya, beliau hanya bertudung litup … Read More...
Rita Rudaini tuntut mutaah RM300,000
JIKA sebelum ini Rita Rudaini memfailkan tuntutan nafkah tertunggak lebih RM100,000 terhadap bekas suaminya, AidIl Zafuan, kal… Read More...
Pendedahan sebenar Raja Farah
SEMENJAK mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria pada 2010, Raja Farah telah membuat… Read More...
0 Response to "Memang Saya Bersolek & Bersiap – Rozita Che Wan"
Post a Comment