Mark Zuckerberg Dedah Kenapa Dia Memakai Baju Warna Sama Setiap Hari



Billionair CEO Facebook, Mark Zuckerberg telah mendedahkan kenapa dia memakai baju T-shirt berwarna kelabu yang sama setiap hari - dan logik beliau di dalam jawapan ini boleh membuatkan anda terfikir  untuk mengambil semula masa yang telah anda habiskan di hadapan cermin.


Dalam satu sesi soal jawab semalam, Zuckerberg ditanya "kenapa kamu memakai baju T-shirt sama setiap hari?".

"Saya benar-benar mahu membuatkan hidup saya jelas supaya saya hanya perlu membuat sedikit keputusan dalam semua perkara kecuali bagaimana untuk berkhidmat dengan terbaik untuk masyarakat", jawabnya sambil menjelaskan dia mempunyai beberapa helai baju yang sama.

Zuckerberg berkata walaupun membuat keputusan yang kecil, seperti apa yang perlu dipakai setiap hari, atau apa yang hendak dimakan pada waktu pagi, sama seperti cukai bagi otak- dan dia tidak sanggup membazirkan tenaga untuk membuat perkara seperti itu.

"Saya merasa sangat bertuah kerana berada di posisi sekarang ini dimana saya bangun setiap hari dan berkhidmat kepada satu billion orang", sambung Zuckerberg.

"Dan saya merasa seperti tidak melakukan kerja jika saya membazirkan tenaga melakukan perkara bodoh atau remeh temeh didalam hidup saya", katanya lagi

0 Response to "Mark Zuckerberg Dedah Kenapa Dia Memakai Baju Warna Sama Setiap Hari"