Mabuk Punya Pasal, Lelaki Beri Anjing Makan ‘Anu’ Rakan!



Disebabkan mabuk dan berada dalam kondisi separuh sedar, seorang lelaki Mexico tergamak melakukan perbuatan kejam terhadap rakan sendiri.

Al-kisahnya, lelaki tersebut, Mario Alberto Lizalde Reyes, 25, bersiar-siar bersama rakan baiknya, Mario Hernandez Banda, 24 sambil membawa bersama anjingnya di bandar Ciudad Juarez, di utara Chihuahua, Mexico.
Namun, mereka kemudiannya bertengkar apabila Reyes mendakwa rakannya itu cuba menyentuh anjingnya secara seksual. Marah dengan tindakan tersebut, Reyes menembak kepala Banda sehingga mati.
Kami berdua mabuk dan dia kemudiannya cuba melakukan gangguan seksual terhadap anjing saya,” ujarnya dalam satu kenyataan di televisyen.
Tambahnya lagi, “selepas itu, Banda pergi ke satu kawasan untuk buang air kecil. Tanpa dia sedar, saya mengekorinya, lalu menembaknya di bahagian kepala.”
Juarez kemudiannya mengeluarkan pisau dan memotong kemaluan Banda dan memasukkannya ke dalam sebuah beg. Ujarnya, tindakan tersebut dilakukan sebagai satu pengajaran buat Banda.
Namun, anjingnya berada di sebelahnya, menghidu beg tersebut lantas Juarez memberikan cebisan alat sulit Banda kepada anjingnya untuk dijamah.
Selepas selesai, dia meninggalkan mayat rakannya itu sebelum membawa anjingnya pulang. Namun, keesokkan harinya selepas dia tersedar dari mabuk, Juarez berasa bersalah di atas tindakan yang dilakukan terhadap Banda.
Justeru, dia memutuskan untuk menyerah diri kepada pihak berkuasa.
“Dia datang dalam keadaan berdarah dan cedera kerana bergaduh dengan bapa tirinya selepas dia mengaku membunuh temannya itu,” ujar jurucakap polis.
“Dia kemudiannya mengaku membunuh Banda, dan berkata, walaupun Banda melakukan gangguan seksual terhadap anjingnya namun dia masih seorang manusia dan tidak sepatutnya menerima nasib demikian.”
Kini, Juarez berhadapan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah

0 Response to "Mabuk Punya Pasal, Lelaki Beri Anjing Makan ‘Anu’ Rakan!"