Sibu: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun menanggung kesakitan lebih sejam selepas jari hantunya tersangkut dalam lubang pada tempat duduk di hentian bas seberang Hospital Sibu, petang ini.
Dalam kejadian jam 2.20 petang itu, jari mangsa bengkak selepas tersepit menyebabkan anggota bomba dan penyelamat terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mangsa.
Pegawai Bomba Kanan II Balai Sungei Merah Azman Hanapis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.36 petang sebelum menghantar tujuh anggota ke lokasi.
"Kami mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memotong logam berkenaan selepas jarinya semakin membengkak. Operasi tamat pada jam 3.42 petang.
"Kanak-kanak terbabit dikejarkan ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi tadi.
0 Response to "Jari tersangkut di tempat duduk"
Post a Comment