Ezat Exist Mengaku Tidak Bersalah Miliki Dadah
Beberapa hari sebelum ini, kecoh apabila seorang penyanyi ditahan kerana memiliki syabu di Selayang. Bagaimanapun, artis tersebut telah dikenalpasti sebagai Ezad Exist.
SELAYANG: Bekas Vokalis kumpulan Exist ,Mohd Rohaizad Mohamad Lazim ,34, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan kepadanya meiliki daha jenis syabu di Mahkamah Majistret Selayang.
Ezat harini membuat pengakuan dihadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri di mana beliau dituduh memiliki satu paket lut sinar dadah jenis syabu seberat 0.30 gram di kawasan Kompleks Selayang Mall, Selayang Utama dekat sini pada jam 1.30 petang, 19 November lalu.
Bagi pertuduhan itu beliau akan didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian membenarkan Ezat diikat jamin RM2,200 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Disember ini untuk sebutan semula kes.- Siakapkeli.com.my
0 Response to "Ezat Exist Mengaku Tidak Bersalah Miliki Dadah"
Post a Comment