Che Ta Terharu dipertahankan Chef Wan



Semalam, Chef Wan menentang mereka yang menjadi keyboard warrior yang komen secara keterlaluan di media social terhadap Rozita Che Wan yang menimang cahaya mata yang comel.  Dipetik dari harian metro, Che Ta meluahkan rasa terharu dengan Chef Wan yang menepis kritikan demi kritikan daripada orang luar.


Kuala Lumpur: “€œSaya rasa sangat suka dan terharu apabila ada juga (selebriti) yang senior sudi pertahankan saya daripada kutukan tidak berasas orang-orang di luar sana,”€ kata pelakon dan pengacara Rozita Che Wan terhadap status Instagram chef selebriti Datuk Chef Wan yang mempertahankannya daripada kutukan melampau pihak tertentu di laman sosial.


Rozita, 41, yang baru melahirkan bayi perempuannya Sabtu lalu berkata, tindakan chef terkenal itu menghentam semula sikap negatif dan keceluparan sebahagian besar jaguh papan kekunci (keyboard warriors) adalah satu penghargaan buatnya yang lebih junior daripada Chef Wan.


“€œKalau diikutkan saya bukanlah kenal baik atau rapat pun dengan Chef Wan tapi atas sikap kemanusiaan dan kematangan dia terpanggil untuk menyelar sikap biadap sebahagian ‘keyboard warriors’ €™ yang dianggapnya mempunyai hati yang busuk.


“€œSebenarnya saya sangat seronok bila Chef Wan bertindak macam itu dan tak sangka bila seorang yang lebih senior memahami situasi yang saya lalui bila dihentam secara keterlaluan oleh golongan (keyboard warriors) itu,”€™ katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Sumber : MetroOnline

0 Response to "Che Ta Terharu dipertahankan Chef Wan"