Badan Bayi Ditemui Dalam Bungkusan Untuk Dipos Ke AS



Bangkok – Kejam dan mengejutkan. Penduduk di Thailand dikejutkan dengan penemuan beberapa bahagian badan daripada beberapa bayi yang dimasukkan ke dalam bungkusan untuk dihantar ke Amerika Syarikat.

Bungkusan itu yang dialamatkan ke Las Vegas mengandungi beberapa kepala, kaki dan kulit termasuk kulit individu dewasa yang dipenuhi dengan tatu.
Ia ditemui pada Sabtu lepas setelah pekerja pos mengimbas bungkusan berkenaan.
“Bahagian badan itu bukan daripada satu mayat dan ia juga dalam cepisan kecil.
“Kita telah menghantarnya untuk pemeriksaan forensik bagi menentukan sama ada ia merupakan bayi yang dilahirkan atau janin,’’ kata ketua polis Thailand, Chawalit Prasopsin.
Bahagian badan bayi berkenaan dikatakan untuk tujuan pembelajaran namun polis masih menjalankan siasatan lanjut.
Pada 2012, polis menemui penemuan mengejutkan iaitu enam janin manusia yang dipanggang dan dibalut dengan kertas emas, dipercayai bagi tujuan ilmu hitam.
Ia ditemui dalam beg milik seorang lelaki Britain yang berasal dari Taiwan.
Ilmu hitam Thailand turut menjadi pilihan komuniti China kerana janin dipercayai dapat membawa tuah kepada pemiliknya dan ia sering disimpan di rumah dan pejabat.

0 Response to "Badan Bayi Ditemui Dalam Bungkusan Untuk Dipos Ke AS"