Mengikut Imam Al-Ghazali terdapat enam sebab seseorang mengumpat:
- Keinginan untuk memuaskan hati akibat terlalu menyimpan perasaan marah terhadap seseorang. Perasaan terlalu marah akan menyebabkannya mendedahkan keaiban orang yang dibencinya. Perasaan tersebut juga akan menyebabkan timbulnya rasa dendam dalam diri. Seharusnya kita harus belajar untuk mengawal emosi dan amarah kerana ia hanya akan menambahkan keadaan menjadi lebih keruh. Cari jalan penyelesaian dengan baik tanpa perlu berdendam dan membuka keaiban orang.
- Suka mendengar dan melibatkan diri dalam perbualan yang suka menceritakan hal/kisah peribadi orang lain. Ini bermaksud individu yang suka mengumpat selalunya bercerita perihal kehidupan orang lain dalam kelompok yang ramai. Contohnya, bersama-sama dengan kawan-kawan. Sikap ini menunjukkan peribadi yang tidak bagus dan tidak harus diikuti. Lebih baik menjaga hal sendiri dan tidak perlu menceritakan kisah orang lain.
- Keinginan untuk bersaing dan menonjol diri dengan menganggap orang lain bodoh. Perkara sebegini berlaku kerana merasa diri terlalu baik dan mempunyai taraf/tahap lebih tinggi daripada orang lain. Sifat menonjolkan diri seperti menunjukkan kekayaan dan suka mengherdik si miskin sudah semestinya bukan sifat yang baik kerana ia hanya akan menyebabkan diri sindiri dipandang serong orang lain. Jadi adalah lebih baik jika kita bersederhana saja dan mempunyai rasa rendah diri serta tidak perlu bangga dengan kelebihan yang ada.
- Dengki dan iri hati kerana merasa orang lain lebih Berjaya dan beruntung daripada dirinya. Individu yang berhasad dengki tidak merasa senang akan kejayaan orang lain dan individu tersebut biasanya mahu berada di posisi di atas. Oleh itu, individu tersebut akan terdorong untuk menceritakan keaiban atau kesalahan orang yang tidak disukai olehnya. Sifat ini tidak harus ada dalam diri sebagai orang Islam dan kita harus beringat bahawa nikmat dan Rezeki Allah S.W.T adalah sangat luas.
- Bergurau atau suka melawak kerana keinginan untuk mencela kelemahan/kekurangan orang lain. Bertujuan untuk memerli seseorang yang secara tidak langsung mengumpat kelemahan orang lain. kita kena berhati-hati akan perlakuan dan perbicaraan kita. Berbicaralah perkara yang baik, gunakan ayat yang baik supaya tidak menyakiti hati orang lain.
- Suka mengejek dan mencela kerana merasa bongkak serta memandang rendah terhadap orang lain. Jangan sombong kerana dunia sentiasa berputar, kadang-kala kita di bawah dan kadang kala kita di atas.
http://cahayapurnama.com
0 Response to "6 Sebab Seseorang Suka Mengumpat (Ghibah)"
Post a Comment