China – Seorang wanita yang berhati kejam sanggup memotong alat sulit anak saudaranya yang berusia tiga tahun semata-mata kerana kanak-kanak itu merempuh masuk ke dalam tandas dan meminta telefon bimbitnya.
Ketika kejadian, wanita kejam itu, Xue Paan, 37, sedang membuang air sambil menghantar mesej khidmat pesanan ringkas kepada teman lelakinya apabila Qiang Qiang tiba-tiba masuk ke dalam tandas dan meminta telefon tersebut untuk bermain game.
Berang dengan perbuatan kanak-kanak itu, dia keluar dari tandas dan menuju ke dapur sebelum mengambil pisau lalu memotong alat sulit budak malang tersebut.
Ketika kejadian, ibu Qiang Qiang, Cai Tuan, 27, berada di rumah jirannya.Sebaik mendengar anaknya menjerit, Cai Tuan berlari pulang dan mendapati Qiang Qiang dalam keadaan berlumuran darah.
Sementara Xue Paan melarikan diri.Qiang Qiang kemudiannya terpaksa menjalani pembedahan bagi menyambung alat sulit tersebut.
Namun disebabkan ia dipotong tidak sekata, maka Qiang Qiang terpaksa menjalani tiga kali pembedahan dan keadaannya kini semakin baik.Sementara ibu saudaranya itu pula berdepan hukuman penjara lima tahun,
0 Response to "(4GAMBAR) Wanita potong alat kelamin anak saudara kerana Minta PinjamTelefon Bimbit"
Post a Comment