Beberapa keping gambar ular anakonda berjaya ditangkap di Kota Tinggi, Johor kini berlegar di laman sosial.
Bermacam-macam versi cerita di sebalik penangkapan ular tersebut muncul termasuklah kononnya ia ditangkap ketika pergi memancing, ditemui pekerja ladang Indonesia di Kluang dan paling lawak, dikaitkan dengan pakar motivasi terkenal Dr Azizan.
Pemeriksaan kami kemudiannya menemukan Facebook individu sebenar yang bertanggungjawab menangkap ular sawa besar ini iaitu Mohd Hafizzi Ismail.
Pemeriksaan kami kemudiannya menemukan Facebook individu sebenar yang bertanggungjawab menangkap ular sawa besar ini iaitu Mohd Hafizzi Ismail.
Ular berkenaan ditangkap Hafizzi di sebuah estet di Kota Tinggi, Johor.
Gambar ini mula dimuatnaik Hafizzi sejak 17 November lalu selepas ular tersebut ditangkap pada sebelah paginya sebagai perkongsian dengan rakan-rakan di laman sosial.
Difahamkan, ular berperut besar dipercayai sedang kekenyangan selepas membaham mangsa ini ditangkap Hafizzi ketika berendam di parit dan segera diserahkan kepada Perhilitan.
0 Response to "(4 Gambar) Ular sawa sebesar Anaconda dijumpai di Johor"
Post a Comment