12 Doktor Pukul Suspek Curi Hingga Mati



KOLKATA, India – Sekumpulan doktor pelatih mengelar kemaluan seorang lelaki yang disyaki mencuri sebelum membelasah mangsa sehingga mati, kata polis semalam.


Timbalan Komisioner Polis Kolkata, Dhrubajyoti De berkata, pihaknya telah membuka siasatan berhubung kes seorang lelaki berusia 30 tahun yang mati selepas diikat dan dipukul dengan buluh sebelum kemaluannya dikelar.

Pihak berkuasa telah mengarahkan satu siasatan dilakukan terhadap kes seorang lelaki berusia 30-an itu yang mengalami kecederaan parah akibat dibelasah dengan menggunakan batang buluh, lapor jurucakap polis kelmarin.

“Siasatan awal mendapati hampir 12 doktor pelatih telah menangkap dan membelasah mangsa kerana disyaki mencuri beberapa telefon bimbit.

“Mereka telah mengheret lelaki itu ke dalam sebuah bilik di Kolej Perubatan dan Hospital Nilratan Sircar di sini sebelum mengikat mangsa pada sebatang tiang lalu memukulnya sehingga mati,” katanya.

Ujarnya, beberapa penyerang turut mengelar kemaluan mangsa dengan menggunakan pisau cukur.

“Beberapa pekerja yang menyedari serangan itu telah menghubungi pihak polis.

“Kami menjumpai mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah dan sebilah pisau cukur turut dijumpai di lokasi kejadian,” jelasnya.

Menurutnya, sehingga kini dua individu telah dipanggil untuk soal siasat tetapi tiada tangkapan dilakukan. – AFP

Sumber: Siakapkeli.com.my

0 Response to "12 Doktor Pukul Suspek Curi Hingga Mati"