Pesakit Maut Ambulan Terbabas



Seorang pesakit lelaki warga emas maut ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching apabila ambulans dinaiki terbabas di Kilometer 66 Aping, Jalan Sri Aman.

Mangsa Bernard Lium Barandang, 65, parah di kepala dan dada, manakala anak lelakinya, jururawat dan pemandu hanya cedera ringan. 

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Pantu untuk mendapatkan rawatan selepas parah dalam kemalangan itu. 

Mangsa menaiki ambulans dari Hospital Betong untuk mendapatkan rawatan penyakit kekurangan darah merah di Hospital Kuching.

Bagaimanapun, sebaik tiba di selekoh jalan berkenaan ambulans terbabas ke kawasan semak di tepi jalan.

"Mayat dihantar ke Hospital Sri Aman sebelum dibawa ke Hospital Betong untuk tindakan susulan. 

"Siasatan awal mendapati jalan di lokasi kejadian licin selepas hujan dan dalam penyelenggaraan," katanya. 

0 Response to "Pesakit Maut Ambulan Terbabas"