Instagram dilihat sebagai tempat yang menjadi medium antara artis dan peminat dan baru baru ini tidak diketahui sama ada berita ini sahih atau tidak. Namun menerusi salah satu status yang dimuatnaik oleh isteri pertama Ashraf Muslim iaitu Dayana Lokman menerusi Instagramnya, ada bayangan mengenai kehamilannya telah diberikan. Status berkenaan dikongsi bersama gambar di bawah ketika Dayana dan Ashraf Muslim ke Mekah untuk menunaikan umrah 3 tahun lalu sebelum ketibaan Aidilfitri.
Namun mungkin status tersebut berupa satu harapan dan doa daripada Dayana untuk menimang anak sendiri. Apa pun, sekiranya benar hamil, syukur Alhamdulillah dan tahniah diucapkan. Kalau tidak, semoga dimurahkan rezeki dan tercapai hasrat untuk menjadi Sarah Ashraf (anak Ashraf Muslim dan Wan Sakinah) seorang kakak dalam tahun ini. Menerusi instagram Dayana:-
Selamat tinggal Ramadhan =( Ya Allah..Izinkan kami bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan..InsyaAllah.. #Happy3rdAniversarysayang #satusyawal #throwbacktigatahunlepas Tq sayang @ashrafmuslim for being there through thick and thin.. Tq @wansakinah for understanding me n being the best ibu for Sarah Ashraf Tq ayah ,mak, mertua and my siblings for supporting me all this while..love u guys soo much.. Doakan Sarah Ashraf dapat adik baru tahun ni..InsyaAllah..amiin.. Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin..
Semoga Impian dan harapan Dayana akan dimakbulkan Allah berkat doa suami dan peminat semua. InsyaAllah.
Sumber: Beautifulnara
0 Response to "Isteri Pertama Ashraf Muslim, Dayana Kini Hamil?"
Post a Comment