Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun maut selepas lehernya tersangkut pada besi tingkap cermin nako biliknya di Kampung Losong Feri. kuala terengganu.
Ketika kejadian mangsa, Nurliana Mazlan murid tahun 2 Sekolah Kebangsaan Losong, di sini, dipercayai hendak keluar bilik melalui tingkap berkenaan selepas mendapati pintu bilik terkunci.
Usaha mangsa yang juga anak bongsu daripada lima beradik gagal apabila lehernya tersangkut pada besi menyebabkan badan mangsa tergantung pada tingkap berkenaan.
Jiran yang menyedari kejadian itu kemudian berusaha mengeluarkan mangsa sebelum bomba tiba di tempat kejadian dan disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hispital Sultanah Nur Zahirah.
Jiran yang menyedari kejadian itu kemudian berusaha mengeluarkan mangsa sebelum bomba tiba di tempat kejadian dan disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hispital Sultanah Nur Zahirah.
Al Fatihah.
Sumber : Hmetro
0 Response to "Adik mati tersangkut tingkap"
Post a Comment