LOS ANGELES – Rakaman video seorang bapa amat sedih melihat bayi tunggalnya meninggal dunia selepas tiga hari dilahirkan dan menenangkan diri dengan bermain gitar sambil menyanyi lagu lama kumpulan Beatles, Blackbird mencetuskan sensasi di laman siber.
Akhbar tempatan di sini hari ini melaporkan, rakaman 11 November lalu yang memaparkan Chris Picco berbuat demikian sambil melihat mayat Lennon; bayi dilahirkan pramatang di dalam inkubator anaknya itu; sudah ditonton 2.8 juta kali sehingga lewat semalam.
Video berdurasi 2 minit 26 saat itu menunjukkan Picco sebak melihat bayinya yang lahir pada 8 November lalu menerusi pembedahan kecemasan Caesarian, disahkan mati pada 11 November dan lebih hiba, isterinya, Ashley sudah meninggal sejurus melahirkan Lennon.
“Buat Ashley yang sudah pergi, sesungguhnya anak kita juga hidup tidak lama dan akhirnya meninggalkan kita beberapa hari kemudian,” kata Picco menerusi laman memorial dan menambah, dia kini banyak berdukacita mengenangkan hilang dua insan dalam masa singkat.
Jurrucakap keluarga, Brett Walls memberitahu media, untuk beberapa hari akan datang, lelaki itu banyak menghabiskan masa bersama-sama dengan ahli keluarganya, rakan-rakan dan masyarakat setempat yang turut bersimpati dengan nasib malang menimpa dirinya.
Bayi tersebut yang baharu berusia 24 minggu di dalam kandungan ibunya sebelum lahir, ditempatkan di wad neo-natal Hospital Universiti Loma Linda dan rakaman video pendek itu dipercayai dirakamkan salah seorang saudara Picco yang berada di sana. – Agensi
0 Response to "Video Viral: Bapa Sedih Main Gitar Di Sisi Mayat Bayi"
Post a Comment