KONIN,POLAND: Pihak Hospital Konin telah di kejutkan dengan kehadiran sorang lelaki dengan kayu sepanjang 15 inci terpacak dimuka menembusi belakang lehernya.
Beliau telah menceritakan kepada staff hospital yang kejadian itu berlaku semasa beliau sedang melakukan penambahbaikan rumahnya dan tiba-tiba beliau tidak sedar bagaimana beliau jatuh dan terus mukannya terkena kayu tajam tersebut, cerita mangsa kepada Central European News.
Semasa rawatan untuk mengetahui tahap kecederaan tersebut, doktor telah menghadapi kesulitan apabila mangsa tidak lepas untuk memasuki mesin X-Ray kerana kayu tersebut agak panjang.
Kedudukan tusukan kayu di wajah mangsa
Selepas tidak dapat berbuat apa-apa pihak hospital telah menghubungi pihak bomba datang untuk menolong membuang kayu pada kepala mangsa dan mangsa telah di pindahkan ke hospital Poznan dengan kemudahan lebih lengkap.
Menurut jurucakap jabatan bomba Sebastian Andrzejewski,"Kami mendapat panggilan meminta kami untuk membantu mengeluarkan kayu dari muka manusia,"
"Ketika kami tiba, kami telah berusaha dengan agak teliti selepas cucukkan kayu tersebut telah terjadi di tempat ayng sukar untuk di keluarkan dan kami perlu berhati-hati bagi mengelak kerosakan yang lebih teruk terjadi pada muka mangsa" katanya lagi.
Doktor dan pihak bomba berjaya mengeluarkan kayu tersebut tanpa sebarang kompliasi
"Kami dapat mengeluarkannya dan lelaki itu kini semakin pulih," kata jurucakap hospital. "Ia adalah satu keajaiban kerana tidak mengenai mata atau menyebabkan kerosakan yang serius."- Siakapkeli.com.my
0 Response to "Pihak Bomba Terpaksa Membuang Kayu Tembusi Kepala Lelaki Di Hospital"
Post a Comment