Empat Jahanam



Seremban: Seorang lelaki warga emas kerugian wang tunai RM56,900 selepas disamun empat perompak bersenjatakan parang tengah hari ini berhampiran sebuah bank di Jalan Rasah, di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia 60-an turut dilarikan dalam sebuah kereta dari lokasi kejadian sebelum ditinggalkan di tepi jalan Ulu Kanchong, Rantau, dekat sini.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, seorang daripada suspek menunggu di dalam kereta berkenaan manakala tiga rakannya menyamun mangsa.

Menurutnya, mangsa turut mengalami kecederaan di muka dan menerima empat jahitan akibat terkena libasan parang dan mendapatkan rawatan sebuah klinik di Pedas, Rembau.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera semasa melakukan samun. Orang ramai diminta segera menyalurkan maklumat jika mengetahui kejadian dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-7682222 atau balai polis berhampiran.

Sementara itu, satu rakaman video berdurasi 32 saat dikatakan mempunyai kaitan kes berkenaan dimuat naik seorang saksi di Facebook dan menjadi viral apabila dikongsi oleh pengunjung.

Setakat jam 11 malam ini video itu ditonton oleh 66,074 orang dan dikongsi 3,517 pengunjung.

Related Posts :

  • ‘Mereka benci’ Pendang: “Sehingga kini, saya masih trauma akibat dibelasah bekas suami bersama ahli keluarganya walaupun kejadian itu sudah empat bula… Read More...
  • Jika Sudah Ajal... Machang: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh dalam lubang takungan air sedalam… Read More...
  • Empat Jahanam Seremban: Seorang lelaki warga emas kerugian wang tunai RM56,900 selepas disamun empat perompak bersenjatakan parang tengah hari ini … Read More...
  • ‘Semua Pergi Sekelip Mata’ Pekan: "Tak tahu nak cakap apa...semuanya pergi sekelip mata," itu luahan Amir Daud, 31, selepas kehilangan isteri, Nor Azian Abdul R… Read More...
  • Lagu Insaf Dari Jel Kluang: "Saya ingat karier sebagai penyanyi sudah berakhir, tetapi tidak sangka pula rupa-rupanya saya menjadi artis pertama yang ditaw… Read More...

0 Response to "Empat Jahanam"