Dua maut, 1 parah



Raub: Dua lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang, di Kilometer 362,Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu, di sini, pagi tadi.



Kejadian berlaku kira-kira 7.30 pagi itu menyebabkan mangsa Sharul Firdaus Abdul Latif, 23 dan Muhammad Norhaffis Ansari, 24, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan manakala Muhamad Saiful Amirul Rosli,18, patah tangan kanan serta kiri.


Timbalan Ketua Polis Daerah Raub Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdul Razak berkata, kejadian berlaku apabila tiga rakan itu dalam perjalanan dari arah Bentong menuju ke bandar ini.


Katanya, namun ketika tiba di tempat kejadian kereta Proton Satria dipandu Sharul Firdaus secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan lalu terhumban ke dalam longkang.


"Akibatnya, pemandu dan penumpang kereta berkenaan tersepit sebelum orang ramai menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan susulan.


" Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub tiba kira-kira 10 minit kemudian dan membantu mengeluarkan semua mangsa namun pemandu dan penumpang hadapan iaitu Muhammad Norhaffis disahkan sudah meninggal dunia," katanya ketika dihbungi.9



0 Response to "Dua maut, 1 parah"