Kuala Lumpur: “Terdapat satu atau dua pesawat perang di udara berdekatan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 terhempas,” demikian data terbaru yang diperoleh Perunding Keselamatan Udara di Russia.
Menurut laporan portal Russia Today (RT.com), data terbaru itu menunjukkan pesawat tentera dikesan di udara sebelum pesawat Penerbangan Malaysia MH17 terhempas di Donetsk, timur Ukraine.
Ketua Pegawai Eksekutif Perunding Keselamatan Penerbangan Sergey Melnichenko berkata, gambar dengan bacaan diambil sebuah stesen radar yang terletak berhampiran sempadan Ukraine menunjukkan terdapat satu atau dua pesawat perang di udara berdekatan pesawat Malaysia itu.
“Data itu jelas menunjukkan pada masa insiden itu berlaku dan selepas itu terdapat kapal terbang bergerak ke arah utara perjalanan pesawat.
“Kemungkinan besar, itu adalah kapal terbang tentera, kerana tempat itu sangat rapat antara satu sama lain, dan dapat dirumuskan itu adalah pesawat tentera,” katanya.
Melnichenko berkata, pesawat tentera itu berada di sebelah kiri MH17 dan terdapat beberapa bukti gambar dari kawasan kejadian itu yang menunjukkan bahagian kiri kokpit MH17 itu rosak, suatu senario yang konsisten dengan kemungkinan ia diserang kapal terbang tentera itu.
“Lebih mengukuhkan ia adalah pesawat tentera berikutan menara kawalan tidak mendapat apa-apa respons atau signal daripada kapal terbang bergerak itu.
“Berbeza dengan pesawat komersial yang sentiasa berkomunikasi dengan menara kawalan, manakala pesawat tentera seperti transponder dimatikan atau ditutup,” katanya.
Kenyataan itu juga dilihat selari dengan Ketua Penyiasat Pendakwa Kebangsaan Belanda Fred Westerbeke sebelum ini yang memberitahu majalah mingguan Jerman Der Spiegel pada Oktober yang mereka tidak menolak teori pesawat lain menembak jatuh MH17.
Dalam kejadian 17 Julai itu, semua 298 penumpang di dalam MH17 termasuk 15 anak kapal terbunuh selepas pesawat milik MAS itu ditembak jatuh di Donetsk, Ukraine.
0 Response to "Ada pesawat lain waktu insiden"
Post a Comment