Unik! Kisah Mat Saleh fasih berbahasa Terengganu



Kisah menarik seorang lelaki berbangsa Inggeris yang begitu fasih berbahasa Melayu loghat Terengganu pernah menjadi viral di internet beberapa tahun lepas.


Dikenali dengan gelaran Mat Dan dalam kalangan penduduk pulau-pulau di sekitar Terengganu atau nama sebenar Daniel Tyler menjadi Pulau Kapas sebagai destinasi percutian kali ini sebenarnya sudah 6 tahun menjelajah pulau di seluruh Terengganu.

Semasa admin membuat pengambaran di Pulau Kapas baru-baru ini dan berbual dengan para pelancong yang ada di sekitar Pulau Kapas dan antaranya Mat Dan.

Kami begitu teruja dengan kepetahan beliau bercakap dalam bahasa loghat Terengganu dan bermulalah temubual yang panjang dengan beliau.

Beliau sorang yang peramah dan mudah mesra dengan pelancong asing dan juga pelancong tempatan menceritakan bagaimana beliau mampu menguasai loghat Terengganu dengan baik iaitu dengan mendengar setiap perkataan dan bergaul bersama penduduk setempat serta bersungguh-sungguh untuk mempelajari bahasa pantai timur itu.

“Saya pada mulanya agak susah untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan dan mengambil keputusan untuk belajar bahasa Terengganu supaya memudahkan saya berhubung dengan orang ramai”, katanya.

“Setelah mencuba dan terus mencuba akhirnya selepas 3 tahun saya mampu bertutur loghat Terengganu dengan baik” tambahnya.


Beliau sempat bergurau mahu mencari calon isteri dalam kalangan orang Terengganu sendiri.

“Saya masih solo dan andai dijodohkan dengan orang Terengganu, saya terima sahaja kerana saya pun masih dalam proses mencari calon” katanya dengan nada ceria.

Mat Dan 30 tahun, yang berasal dari Bristol England turut memberitahu beliau telah memeluk agama Islam sejak 18 bulan lalu menggunakan nama Mohamad Karim Daniel dan kini semakin mendalami ilmu agama secara berasur-ansur.

Ketika ditanya mengenai konsep kerajaan negeri iaitu Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang diilhamkan oleh Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, beliau menyambut baik gagasan tersebut terutamanya prinsip ke-4 TTB iaitu Intergriti yang memfokuskan mengenai kebersihan di lokasi tumpuan ramai supaya negeri Terengganu terus menjadi pilihan pelancong.

Beliau turut berharap seluruh rakyat Terengganu terus menyokong pentadbiran kerajaan negeri yang sentiasa mengutamakan kebajikan semua rakyat.

0 Response to "Unik! Kisah Mat Saleh fasih berbahasa Terengganu"