Gambar Viral Hantu Jalan Raya - Itu Bukan Hantu



Sebelum ini tersebar gambar yang dikatakan lembaga putih oleh penduduk kampung dan membuatkan penduduk kampung risau dan bimbang terhadap pengguna jalan raya.

Ini kerana penduduk kampung mengatakan lembaga tersebut puncanya berlaku kemalangan jalan raya yang meragut nyawa  di Jalan Ayer Hitam-Batu Pahat berhampiran Parit Khalil, di sini

Lembaga putih yang menyerupai perempuan tua bertongkat di Jalan Ayer Hitam-Batu Pahat menjadi viral di laman media sosial

Seorang penduduk kampung yang bernama Sulaiman Mangat, 77 tampil menjernihkan dan menjelaskan perkara sebenar. 

Menurut Tok Man lembaga putih dimaksudkan itu adalah dirinya yang sedang dalam perjalanan ke Surau Sentosa Parit Khalil Laut, pada jam 5.45 pagi untuk menunaikan solat subuh. Dan mendakwa lembaga putih tersebut adalah dia.

Ini kerana tok man sering memakai jubah putih dan berserban cerah untuk ke surau dan secara kebetulan tokman menggunakan jalan pintas untuk ke surau yang dikelilingi pokok kelapa sawit.

Tok man mengatakan kemungkinan dia keluar daripada celah-celah  pokok sawit itu dan ditambah dengan pakaian serba putih, membuatkan penduduk kampung berhampiran terkejut 

0 Response to "Gambar Viral Hantu Jalan Raya - Itu Bukan Hantu"