Biar Betul! Gadis Ini Hanya Makan Maggi Selama 11 Tahun

Makanan mee segera atau lebih dikenali sebagai Maggie merupakan antara makanan popular yang sering dimakan oleh golongan seperti pelajar. Dek kerana kesempitan hidup dan kekurangan wang, mee segera biasa menjadi pilihan. Harganya yang murah kurang dari RM1 sebungkus, ia sudah cukup mengenyangkan kita. Namun sebenarnya, pemakanan mee segera tidak baik sekiranya selalu diamalkan. Tetapi seorang gadis yang dikenali sebagai Georgi Readman dipercayai menghabiskan masanya dengan mee segera selama hampir 11 tahun. Tanpa sebarang makanan lain, gadis ini hanya menjadi mee segera sebagai rutin pemakanan hariannya. Pelik!
mee
Georgi Readman adalah seorang remaja yang berusia 18 tahun dan berasal dari Pulau Wight, England.Beliau telah bertahan hidup dengan hanya bergantung kepada mee segera yang murah sejak 11 tahun yang lalu kerana timbul rasa takut untuk makan makanan yang lain. Pelajar muda ini telah makan kira-kira sepanjang 30 kilometer mee segera hampir setiap tahun!
mee2
Beliau mula ketagih dengan mee segera sejak ketika berusia 5 tahun lagi. Pada ketika itu, mee segera bukanlah menjadi makanan ruji harian buat dirinya, sehinggalah ketika berumur 8 tahun. Pada ketika itu, beliau dikatakan mengalami kes keracunan makanan yang teruk sehinggakan dinasihatkan oleh doktor untuk tidak makan apa-apa buah-buahan atau sayur-sayuran dan hanya sekali-sekala sahaja boleh makan ikan dan ayam.
Setiap kali keluar membeli belah untuk keperluan barang dapur, ibu Georgi akan sentiasa membeli 11 pek mee segera untuk anaknya itu. Doktor telah menjalankan diagnosis terhadap Georgi Readman kerana pemakanan mee segera beliau ini dan menyangka bahawa beliau menghidapi leukemia dan mempunyai tahap kesihatan seorang wanita yang berusia 80 tahun. Beliau mengalami kekurangan tenaga secara berterusan dan mempunyai sistem imun yang rapuh.
Gangguan makan terpilih telah menjadi lebih kerap pada ramai individu sejak kebelakangan ini. Anda juga mungkin menghidapinya secara tidak lansung dan anda tidak mungkin tidak akan perasan. Kes seperti ini dimana orang makan makanan ringan sahaja seperti pizza atau kentang goreng akan meletakkan diri mereka pada risiko anemia atau lain-lain keadaan yang lebih serius yang dikaitkan dengan kekurangan vitamin, besi atau kalsium.
mee3
mee2

0 Response to "Biar Betul! Gadis Ini Hanya Makan Maggi Selama 11 Tahun"