Pelik! Benarkah Kucing Ini Mencuri 26 Kunci Rumah Jiran?

Jika kita mendengar kucing mencuri ikan jiran, itu tidak mustahil berlaku. Tetapi jika ada yang melaporkan kucing mencuri kunci rumah jiran, itu seakan pelik sebenarnya.
Namun kita tidak boleh menuduh tanpa usul periksa biarpun ia hanya seekor haiwan. Setelah disiasat, memang benar seekor kucing yang diberi nama Moggy Milo mempunyai banyak kunci milik jirannya. Bagaimanapun kunci-kunci tersebut melekat di lehernya adalah disebabkan kucing tersebut memakai kolar magnetik.
kucing-curi-kunci
LONDON: Seekor kucing, Moggy Milo ‘mencuri’ 26 set kunci ketika berkeliaran di rumah jiran selepas kunci terbabit terlekat pada kolar magnetik yang dipakainya.
Penduduk pada mulanya hairan dengan kehilangan kunci mereka.
Misteri itu bagaimanapun terbongkar apabila pemilik Moggy, Kirsten Alexander menemui beberapa kunci yang terlekat pada leher kucing itu. Dia kemudian menemui beberapa set kunci lain di rumahnya.
Kirsten, 27, dari Stoke Newington, London Utara berkata: “Saya sudah menyerahkan semula semua kunci itu kepada pemiliknya.”

0 Response to "Pelik! Benarkah Kucing Ini Mencuri 26 Kunci Rumah Jiran?"