Amar Baharin Cedera Ditumbuk Pelakon Baru


Pelakon yang semakin popular ini Amar Baharin cedera di bahagian kening kerana ditumbuk sewaktu melakonkan babak pergelutan. Amar baharin dikatakan  sedang menjalani penggambaran drama Jalan Cinta Ke Syurga di Rawang pada pagi Ahad lalu.

Sewaktu kejadian Amar Baharin mengatakan beliau sedang melakonkan watak pergelutan bersama beberapa orang pelakon tambahan lain. Amar dikatakan ditumbuk salah seorang pelakon baru bernama Redza dan dalam kejadian Amar Baharin tidak sempat menepis tumbukan daripada Redza




Menurut Amar Baharin lagi sepatutunya redza menumbuk beliau dalam kadar yang perlahan tetapi Redza terlebih sasaran sehingga amar tidak sempat menepis tumbukan redza menyebabkan kulit bahagian kelopak mata Amar Baharin terkoyak


Amar mendapat rawatan di Hospital Pakar KPJ Rawang selepas 2 jam kejadian dan doktor memberitahu luka yang amar alami agak dalam dan ia perlu dijahit. Tetapi selepeas 2 jam kejadian baru Amar terasa sakit

Tetapi amar ingin meneruskan lakonan berbaki sedikit lagi  drama arahan Rashid Sibir sehingga selesai dan dia meminta doktor tidak menjahit luka tersebut.

Sebelum kesan luka koyak itu pulih doktor menasihatkan amar perlu berehat sekurang-kurangnya 2 hingga 3 minggu

Oleh itu Amar menyifatkan kejadian tersebut memberi pengajaran kepadanya dan pada masa akan datang, dia akan memastikan  mempunyai teknik dan latihan yang cukup sebelum melibatkan diri dalam babak-babak aksi. 

0 Response to "Amar Baharin Cedera Ditumbuk Pelakon Baru"