5 Cara Mudah Kumpul Duit Untuk Kahwin

Bagi mereka yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan, pasti permasalahan paling uatama adalah bajet. Dalam erti kata lain semestinya duit menjadi sebahagian halangan untuk kita menyempurnakana majlis yang paling bermakna itu.

2
Gambar Hiasan
Jadi kepada anda yang merancang untuk mendirikan rumah tangga itu, moleklah jika ia dimulakan dengan mengumpul wang dari sekarang agar masalah-masalah tak kiralah ia kecil atau besar dapat diatasi.
Tak kurang juga persiapan dari segi mental, fizikal, ilmu berkaitan kahwin perlu diterapkan dalam diri kerana kahwin itu suatu ibadah yang mulia disamping dapat memikul tanggungjawab yang besar kepada keluarga.
Kali ini kami ingin berkongsi beberapa tips yang berguna buat pembaca, moga apa yang dipaparkan di bawah sedikit sebanyak menjadi garis panduan buat anda yang ingin merancang untuk membina sebuah keluarga yang baharu kelak.
1. Buat bajet bulanan
Siapa yang masih belum pandai buat bajet? Alaa, catat saja perbelanjaan keluar masuk anda tiap bulan. Kalau perbelanjaan anda itu agak boros, alamatnya, sampai ke tua lah tak merasa naik pelamin. Melainkan kalau anda ni anak tauke balak. Boleh mintak duit bila-bila masa. Tapi kalau hidup makan gaji, faham-faham je lah. Kalau nak tegok contoh bajet yang sesuai untuk orang makan gaji, boleh tengok contoh Simple Low Income Budget ini.
2. Guna tenaga utiliti (elektrik, air) secara berhemah
Biasanya, salah satu benda yang sering buat kita pening kepala ketika hujung bulan ialah bil-bil yang bakal dibayar. Kalau anda ni tinggal kat Malaysia, dah tentu anda tahu yang kita tak perlu bayar bil elektrik kalau jumlah penggunaan kurang dari RM20. So, kalau nak lari dari bayar bil, pastikan bila keluar rumah, semua plug sudah ditutup, lampu neon pun pasang dua tiga jer, gunakan lampu neon yang jimat elektrik. Dan yang penting, jangan biarkan televisyen menonton sofa anda. Kalau bil lebih mahal, kongsi-kongsilah bayar kalau anda tinggal dengan orang lain dalam rumah tu.
3. Masak sendiri
Kalau setiap hari anda makan di restoran, bukan saja membazir duit malah kurang baik untuk kesihatan. Kenapa tidak anda masak sendiri saja kat rumah? Bukan saja menjimatkan malah meningkatkan kemahiran memasak anda. Nanti bila dah kawin nanti boleh lah tolong masak untuk isteri dan anak-anak pulak. Oh ya, anda juga boleh menyediakan bekalan sendiri ke tempat kerja.
2
Sekali-sekala makan nasi bujang apa salahnya…
Nasi bujang atau nasi koboi adalah salah satu menu untuk anda menjimatkan perbelanjaan harian.


4. Gunakan pengangkutan awam
Alaa, tak macho lah tengok lelaki yang naik bas awam ke tempat kerja. Apa kelass naik bas?? Mesti banyak yang terfikir macam ni kan. Tapi tahukah anda dengan menaiki pengankutan awam ia membantu menjimatkan perbelanjaan bulanan anda. Bayangkan, orang yang ada kereta terpaksa membayar CCM kereta dan bayar isi minyak. Belum termasuk insuran, road tax, dan kos maintenance lagi tu. Tak pasal-pasal nanti semua duit gaji masuk poket kereta pulak dah. Dan lagi satu, kalau guna pengangkutan awam, anda boleh cuci mata lagi, mana tau boleh jumpa si jantung hati masa naik bas. Who knows…
Info tambahan: Menunggang motosikal juga adalah salah satu cara menjimatkan bajet harian, kalau sebelum ini isi minyak kereta sehari RM20, tapi dengan menunggang motosikal anda hanya perlu mengisi RM5-10 sehari.
5. Membeli belah secara berhemah
Hanya beli benda yang anda perlukan dan mustahak dalam hidup anda. Bukan bermaksud anda ‘give-up’ semua benda lain yang anda impi-impikan seperti kereta Ferrari, cuma berikanlah dulu keutamaan kepada yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting daripada yang lebih penting. Kalau nak membeli belah sakan, elok shopping saja secara online. Jimat minyak dan tenaga gitu.
Kalau anda praktikkan tips-tips ini dan disertai dengan amalan menabung, memang anda akan cepat kumpul duit. Kalau nak tambah pendapatan bulanan selain berharap kepada gaji tetap, buatlah kerja sampingan.
Paling senang, buat lah sesuatu yang boleh menjana pendapatan pasif seperti bisnes online, buat blog, atau menawarkan servis kepada orang ramai berdasarkan skill yang anda ada, contohnya anda pakar dalam bidang membaiki komputer, tawarkanlah servis membaiki komputer hanya dari rumah, atau anda ada hobi dalam bidang fotografi mungkin ia akan memberi pulangan kepada anda suatu hari kelak. Yang penting kena rajin dan kreatif dalam mencari sumber pendapatan tambahan.

0 Response to "5 Cara Mudah Kumpul Duit Untuk Kahwin"