Bapa Terakam hantu Pocong Belakang Anak


Seorang bapa, Suharno secara tidak sengaja telah terakam gambar hantu pocong semasa dia sedang merakamkan gambar anak perempuannya, Jesika, lapor sebuah akhbar.

Apabila dia melihat gambar tersebut, Suharno terkejut kerana di belakang anak perempuannya terdapat imej pocong berwarna putih sedang berdiri.

Dia turut dilanda kebimbangan yang Jesika mungkin menjadi trauma kerana gambar aneh itu.

Gambar itu dirakamkan semasa Jesika bermain di halaman belakang rumah mereka yang terletak di Sumatera Selatan pada 10 Jun lepas.

Lebih membimbangkan Suharno, dia diberitahu oleh seorang bomoh tempatan bahawa pocong itu mengikuti anaknya kerana hantu tersebut sedang mencari korban.

Pocong merupakan hantu yang tubuhnya dibalut dengan kain putih.

“Saya bimbang berlaku perkara yang tidak diingini. Meskipun kebenaran kata-kata orang sang bomohi itu belum pasti, saya berharap anak saya selalu berada dalam lindungan Yang Maha Kuasa,” katanya.

0 Response to "Bapa Terakam hantu Pocong Belakang Anak"