9 Fakta Menarik Apabila Lelaki Memasak

Kebanyakan chef-chef yang terkenal di Malaysia ataupun di dunia adalah terdiri dari kaum lelaki. Walaupun begitu, itu bukanlah satu penanda aras bagi kaum lelaki yang kononnya mereka lebih hebat memasak dari wanita.

Ramai lelaki jarang sekali memasak. Jikalau ada pun, hanyalah masakan ‘biasa’ ataupun masakan ‘cincai’. Di bawah ini adalah fakta-fakta yang benar-benar terjadi bilamana lelaki memasak di dapur:

2
Sekadar Gambar Hiasan
  1. Menurut kajian, 99.99% menunjukkan lelaki di Malaysia memang pandai masak kari. Tetapi maggi kari.
  2. Tidak dinafikan ada lelaki yang suka memasak, tetapi mereka tersangat-sangat malas nak basuh periuk, kuali serta pinggan mangkuk gelas etc.
  3. Bilamana lelaki memasak, bunyi seperti bertukang rumah di dapur. Bising tak terkata. “Klang Klung Klang Klung”
  4. Biasanya lelaki masak tanpa memakai baju. Ada pula yang hanya memakai tuala sahaja.
  5. Menu utama masakan bagi lelaki ialah telur goreng, sardin, ikan bilis goreng. Bila siap, kicap tidak harus dilupakan. Bagi sesetengah yang rajin itu, mereka akan masak maggi campur dengan telur.
  6. Apabila lelaki memasak, tong gas pasti akan cepat habis. Mana taknya, lelaki lebih gemar menggunakan api yang kuat. Alasan mereka, cepat masak.
  7. Keadaan dapur rumah orang lelaki kalau tak sepah memang tak sah. Dan itu adalah pemandangan yang biasa yang juga mempunyai seni dan pandangan artistiknya yang tersendiri. Jika ada lumut, lipas dan semut, itu adalah tanda dapur mereka mesra alam.
  8. Masakan yang dimasak oleh lelaki pastinya tidak akan mendapat rungutan dari orang lelaki. Bagi mereka, apa yang penting perut mereka kenyang. Tetapi apabila perempuan yang masak, rungutannya pasti ada.
  9. Jika lelaki membeli pelbagai bahan masakan dan memasak dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh serta memasak dalam kuantiti yang banyak, itu bermakna dia nak berikan kepada teman wanitanya. mungkin juga sedang dalam proses nak mengorat.
Sekadar bersantai dan gurauan sahaja… Jangan marah yer..

0 Response to "9 Fakta Menarik Apabila Lelaki Memasak"