Benarkah Ikan Ini Boleh Berjalan?

Persoalan yang bermain di fikiran kita. Wujudkah ikan yang boleh berjalan, sedangkan ikan hanya mampu berenang menggunakan siripnya.
 Difahamkan, ikan yang ditemui ini bukanlah berjalan seperti manusia, akan tetapi bergerak secara berdiri dan bergerak menggunakan siripnya umpama seperti ‘berjalan’. Gambar di bawah ini merupakan antara spesis ikan yang ditemui oleh para saintis.




Beberapa saintis mengenal pasti sebanyak 129 spesies baharu di kawasan Mekong Besar termasuk ikan air tawar seperti keli yang boleh ‘berjalan’ di darat, kata Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) semalam.
Maklumat tersebut terdapat di dalam laporan baharu WWF yang memperincikan penemuan pada 2011 itu.
Kawasan Mekong Besar merangkumi sebahagian Thailand, Kemboja, Myanmar, Vietnam, Laos dan wilayah Yunnan di selatan China.
Ikan air tawar itu hidup di beberapa batang sungai di Pulau Phu Quoc, dekat Delta Mekong, dalam wilayah Kien Giang di Vietnam.
Dikenali dengan nama saintifik, Clarias gracilentus, spesies itu mempunyai kebolehan menggunakan sirip-siripnya untuk berdiri tegak dengan haiwan tersebut menggoyang-goyangkan badannya untuk bergerak ke hadapan seperti seekor ular.
Antara spesies baharu yang unik di kawasan berkenaan termasuk ikan terkecil baharu yang berukuran antara 15 milimeter (mm) hingga 20mm panjang dan katak yang boleh ‘menyanyi’ di utara Vietnam.
Ikan kecil itu ditemui di Surat Thani, selatan Thailand.

0 Response to "Benarkah Ikan Ini Boleh Berjalan?"