Pernahkah Anda Terfikir Penyebab Tompok Hitam Pada Lutut Anda?

     
2
Tompok hitam pada lutut merupakan masalah kulit biasa yang dialami oleh kebanyakkan orang.

Tompokan hitam ini muncul disebabkan oleh beberapa perkara antaranya ialah, disebabkan genetik, penuaan, masalah kulit, ataupun kesan sampingan pengambilan ubat.
Secara kasarnya, masalah ini bukanlah masalah kesihatan yang serius, tetapi ianya memberi kesan kepada mereka yang mengalaminya berasa janggal dan malu dengan tompok tersebut.
Jika ianya disebabkan masalah kulit, tompok hitam ini terhasil disebabkan oleh sel-sel mati pada badan berkumpul pada bahagian tersebut.
TIPS:
Berus kawasan tersebut semasa mandi membantu sedikit demi sedikit membuang kulit hitam tersebut. Begitu juga dengan pemakaian losyen yang bertindak sebagai pelembab kulit anda.

0 Response to "Pernahkah Anda Terfikir Penyebab Tompok Hitam Pada Lutut Anda?"