PANTANG LARANG DARI KAMPUNG YANG KITA BIASA DENGAR

Kita dibesarkan dengan bermacam-macam adat dan pantang-larang. Mari kita berkongsi pantang larang orang tua-tua dahulu bersama dengan sebab dan apa sebenarnya di sebalik alasanya. Antaranya adalah:~

GAMBAR HIASAN

TIDAK BOLEH LALU BAWAH KAIN JEMURAN
KERANA : nanti pening kepala @ sakit kepala
SEBENARNYA : takut kain jumuran jatuh. satu hal nak cuci semula.

TIDAK BOLEH MAKAN BERPINDAH TEMPAT
KERANA : takut kahwin ramai
SEBENARNYA : dah satu tempat makan bersepah, takut sepah tampat lain pulak.

ANAK GADIS TIDAK BOLEH DUDUK DITANGGA RUMAH
KERANA : takut lambat jodoh,
SEBENARNYA : payah nak lalu lalang

TIDAK BOLEH MENIARAP SAMBIL LIPATKAN KAKI KEATAS
KERANA : takut ayah@ibu meninggal
SEBENARNYA : akan sakit dada dan kaki menjadi kebas

ANAK GADIS TIDAK BOLEH MENYANYI SEWAKTU MEMASAK
KERANA : akan dapat suami tua,
SEBENARNYA : takut masakan hangus @ tak sedap

LEPAS MAKAN CURAH AIR DALAM PINGGAN
KERANA : kononnya supaya tak kering rezeki
SEBENARNYA : nak basuh pinggan nanti senang 

TIDAK BOLEH BERTINDIH PINGGAN SEMASA MAKAN
KERANA : takut kahwin ramai
SEBENARNYA : padahal susah nak cuci banyak pinggan

BAKAL PENGANTIN TIDAK BOLEH JUMPA SEMINGGU SEBELUM KAHWIN
KERANA : nanti pendek jodoh
SEBENARNYA : walhal nak menambahkan kerinduan antara pasangan pengantin.

TIDAK BOLEH MASUK DALAM RUMAH WAKTU SENJA
KERANA : nanti disorok hantu
SEBENARNYA : waktu solat maghrib singkat. Takut x sempat.

JANGAN BERSIUL WAKTU MALAM
KERANA : takut ular masuk rumah
SEBENARNYA :  suara siul sumbang. Janggu orang nak tido

JANGAN BUKA PAYUNG DAAM RUMAH
KERANA : Takut ular masuk, 
SEBENARNYA : padahal taknak membahayakan orang dalam rumah takut tercucuk payung

PANTANG BUAT TAPAI :
Masa nak bungkus, x leh bising - takut x masak
Masa nak bungkus, x leh laki ada dirumah - takut x manis dan berair
Wanita datang bulan x leh bungkus - nanti tapai jadi merah.
Masa nak bungkus, muka kena senyum - baru tapai jadi manis

JANGAN U-TURN UNTUK AMBIL BARANG TERTINGGAL
KERANA : nanti akan mendapat musibah dalam perjalanan.
SEBENARNYA : buang masa dan minyak (lagi pun minyak makin mahal...salam 20sen)

JANGAN PUKUL HAIWAN
KERANA : dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan
SEBENARNYA : Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.

JANGAN PAKAI INAI DEPAN AYAM
KERANA : kerana - x merah la inai.. 
SEBENARNYA : takut nanti dikejar

JANGAN CACI ATAU SEBAR CERITA KECACATAN ORANG
KERANA : dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat
SEBENARNYA : Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.

JANGAN BERGADUH DENGAN IBU MERTUA
KERANA : dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak. 
SEBENARNYA : Bagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak. 

JANGAN LIHAT GERHANA
KERANA : dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling. 
SEBENAR : Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan mata menjadi buta.

IBU MENGANDUNG TIDAK BOLEH LALU BAWAH JEMURAN
KERANA : nanti anak gagap.
SEBENARNYA : Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan 

LELAKI DILARANG KENCING ATAS BUSUT
KERANA :  dikatakan buruk kemaluan
SEBENARNYA : Untuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan..

JANGAN DUDUK ATAS BANTAL
KERANA : dipercayai boleh naik bisul
SEBENARNYA : Supaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung..

JANGAN BERGENDANG DALAM RUMAH
KERANA : nanti harta habis dicuri oleh orang
SEBENARNYA : Larangan ini untuk mengelakkan bising di rumah, tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah.

JANGAN MENJAHIT WAKTU SENJA
KERANA : Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta
SEBENARNYA : (a) Untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak
                              (b) mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan

BUDAK BARU BERSUNAT TIDAK BOLEH PIJAK TAHI AYAM
KERANA : anu akan benanah
SEBENARNYA : sebenarnya tak bagi budak tu jalan jalan kat luar rumah. Bila jalan, lambat sembuh. Takut terbuka bahagian yang di potong tu ...

JANGAN KELUAR DENGAN PASANGAN 40 HARI SEBELUM DI IJAB KABUL
- Untuk mengelak berlaku tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri...

JANGAN TIDUR DI RUMAH ORANG
KERANA : takut terkena ilmu. 
SEBENAR : Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga...

0 Response to "PANTANG LARANG DARI KAMPUNG YANG KITA BIASA DENGAR"