Miliki struktur tulang pipi yang mengagumkan, tubuh langsing dan wajah persis seorang wanita, seorang lelaki kini sedang menempa nama sebagai model wanita.
Memetik laporan dari hub berita antarabangsa, Mirror, Stav Strashko berjaya memperolehi £100,000 (RM542,497) dengan hanya mentransformasikan dirinya sebagai seorang wanita bagi iklan jenama Rayban, L’oreal dan Diesel.
Menurut empunya diri, ramai lelaki seringkali cuba mendekatinya kerana tertipu dengan wajahnya yang mirip perempuan.
Berusia 21 tahun, dia memulakan kariernya secara tidak diduga selepas bertemu dengan seorang agen beberapa tahun lalu ketika membeli belah.
“Ujar individu itu, saya memiliki tulang pipi yang cantik dan fizikal saya sempurna untuk menjadi seorang model,” ujarnya kepada portal berkenaan.
Dia kemudiannya diserapkan dalam satu agensi permodelan dan memulakan kariernya dalam majalah fesyen.
Tambah Stav, “Mereka berkata, saya boleh menjelmakan diri sebagai lelaki dan perempuan. Saya boleh memperagakan pakaian untuk kedua-dua gender.”
Bagi menampakkan sisi feminin, Stav kemudiannya menghilangkan bulu-bulu di bahagian muka dan tubuhnya serta memakai seluar yang ketat untuk menghilangkan kesan alat sulitnya,
0 Response to "Model Miliki Wajah Jelita Rupanya Seorang Lelaki"
Post a Comment