Screenshot status seorang gadis yang bengang dengan tindakan ibunya yang tidak membenarkannya bercinta dengan lelaki pilihannya tersebar di media sosial.
Gadis yang menggunakan nama 'Hani Love' di aplikasi WeChat itu memuat naik status yang berang dengan tindakan ibunya yang tidak merestui hubungannya dengan lelaki pilihan.
"Hani ada berkenan kat sowang mamat nie. Tapi hubungan kami tak dapat restoo sebab mamat ni tak kerja. Hmmm... benci mama," katanya pada jam 8.52 malam semalam.
"Mama aq (aku) cakap, kalau aq teruskan hubungan kami, dye (dia) tak mengaku Hani anak dye. Mama memang kejam, sial la, lembu btol," katanya lagi.
Hanya kerana ibu tidak membenarkannya bercinta dengan lelaki itu, gadis ini tergamak melembukan ibunya sendiri. Ternyata akhlak anak-anak gadis di zaman ini semakin bermasalah.
0 Response to "'Mama kejam! Sial! Lembu Betul!'"
Post a Comment