Kevin Zahri Tawar Bantu Abam Bocey Untuk Kurus



Nampaknya komen Abam Bocey yang berbunyi ‘Gemuk is Awesome’ di malam anugerah  Anugerah Bintang Popular 2014 mendapat reaksi yang pelbagai.


Abam pada malam tersebut telah merangkul  angurah  Pelawak Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular 2014 mengalahkan pelawak hebat yang lain.

Kata-kata spontan Abam itu nampaknya telah menarik perhatian personaliti TV dan juga jurulatih kecergasan, Kevin Zahri untuk memberikan pandangannya yang tersendiri mengenai isu ini.

Menurutnya Kevin, melihat Abam Bocey mengingatkannya kepada arwah Bob Kuman yang pernah datang meminta bantuan menurunkan berat badan.

Kevin turut mengakui cabaran yang bakal Abam hadapi selepas ini sekiranya mahu melakukan perubahan kerana sudah menjadi popular dengan imej berbadan besar dan menjadi pengasas kepada ayat Gemuk is Awesome.

“My sincere offer kepada Abam Bocey, mana-mana selebriti tanah air dan para pembaca pada waktu dan masa yang anda ingin mengubah gaya hidup (tak kira bila), saya sedia untuk membantu anda, InsyaAllah,” tulisnya.

0 Response to "Kevin Zahri Tawar Bantu Abam Bocey Untuk Kurus"