Hanya Kerana Lahirkan Anak Hodoh, Suami Saman Isteri !!



Seorang lelaki. Jian Feng, menyaman isterinya selepas dia mendapati anak perempuannya yang baru dilahirkan sebagai `hodoh’.

Jian berbuat demikian kerana terkejut selepas pasangan `cantik’ seperti dirinya dan wanita itu, tidak mampu menghasilkan anak yang comel.

Namun apa yang menghairankan, hakim boleh bersetuju dengan tuntutan itu dan menganugerahkan $120,000 kepada Jian.

Menurut dokumen mahkamah, selepas melihat anak yang dilahirkan oleh isterinya yang disifatkan sebagai `amat bodoh’, Jian menjadi terkejut.

Local 10 melaporkan, Jian kemudiannya menuduh isterinya itu mempunyai hubungan sulit dan telah memfailkan perceraian serta mendesak ujian DNA dilakukan.

Bagaimanapun selepas keputusan ujian menunjukkan bahawa dia adalah bapa kepada bayi malang itu, isterinya tiada pilihan selain mengaku bahawa dia menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin.

“Saya mengahwini isteri saya kerana cinta, namun selepas kami mendapat anak, kami mula berdepan dengan masalah keluarga. Anak perempuan saya amat hodoh dan ia menakutkan.

0 Response to "Hanya Kerana Lahirkan Anak Hodoh, Suami Saman Isteri !!"