Anak Paul Walker Kongsi Gambar Mesra Dengan Pelakon Furious 7

rs_600x600-150203192659-600.Meadow-Walker-Instagram.ms.020315


10838287_10152979204813313_4617496843677400153_o

Anak perempuan Paul Walker, Meadow Walker kelihatan gembira menghabiskan masa bersama barisan pelakon Furious 7 lain termasuk rakan baik ayahnya, Vin Diesel.

Melalui gambar yang dimuat naik di laman Instagramnya itu, nampaknya kematian Paul akibat kemalangan tidak menghalang hubungan rapat Meadow dengan rakan-rakan bapanya yang turut berlakon filem tersebut.
Baru-baru ini, Meadow turut berkongsi gambar kenangan dirinya sewaktu kecil bersama ayahnya.
Vin Diesel yang telah menganggap Paul sebagai adik pernah berkata, Paul merupakan individu penting yang mempengaruhinya untuk menjadi seorang bapa.
Vin juga berkongsi gambar anak sulungnya, Hania Riley ketika kecil bersama Paul sebagai memperingatinya selepas setahun meninggal dunia.
“A year ago today..a year of mourning..and his absence still leaves me speechless. We miss you Pablo..”

0 Response to "Anak Paul Walker Kongsi Gambar Mesra Dengan Pelakon Furious 7"