7 Keajaiban Sebenar Yang Sering Kita Abaikan


Pada suatu hari di dalam sebuah kelas, sekumpulan pelajar kelas geografi sedang mempelajari “Tujuh Kejaiban Dunia”.
Kamudian, mereka disuruh untuk menyenaraikan tujuh keajaiban dunia yang mereka ketahui. Rata-rata mereka menulis dan menyenaraikan tujuh kejaiban dunia tersebut:

  1. The Great Wall of China
  2. Taj Mahal, India
  3. Colosseum, Itali
  4. Ancient City of Petra, Jordan
  5. Machu Picchu, Peru
  6. El Castillo di Chichen Itza, Mexico
  7. Christ the Redeemer, Rio de Janeiro

Ketika mengumpulkan senarai tujuh kejaiban dunia dari para pelajar, pensyarah memerhatikan seorang pelajar, seorang gadis kecil yang pendiam, namun belum menyiapkan tugasnya, lalu guru bertanya adakah dia bermasalah dengan tugasnya.

Gadis pendiam itu menjawab:

“Ya, saya tidak boleh memilih kerana sangat banyak.”

Lalu gurunya berkata lagi:

“Baik, katakan pada kami apa yang kamu telah pilih, dan mungkin kami boleh membantu memilihnya.”

Gadis kecil itu berfikir sejenak, kemudian berkata, “Saya fikir ”Tujuh Keajaiban Dunia“ adalah:
  1. boleh Mendengar
  2. boleh Melihat
  3. boleh Menyentuh
  4. boleh Menyayangi
  5. boleh Merasakan
  6. boleh Ketawa
  7. boleh Mencintai

Ruang kelas sunyi seketika, alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat eksploitasi manusia dan menyebutnya “keajaiban”.

Sementara kita melihat apa yang dikurniakan Allah, kita lebih suka melihatnya sebagai perkara yang “Biasa”.

Semoga hari ini kita dapat merenung semula mengenai semua perkara yang betul-betul ajaib dalam kehidupan kita.

0 Response to "7 Keajaiban Sebenar Yang Sering Kita Abaikan"