15 Kepercayaan Tahyul Masyarakat Melayu Yang Masih Lagi Diamalkan !!


Ramai yang masih mempercayai dan tidak kurang juga menganggapnya sebagai kepercayaan tahyul terhadap kepercayaan Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. 


Tanda-tanda alam itu dikatakan boleh memberi gambaran maksud samada petanda ia negatif atau positif.

1. Jika kupu-kupu masuk ke dalam rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

2. Jika anjing menyalak lama di tengah malam, orang Melayu percaya adanya makhluk halus yang berkeliaran.

3. Demikian pula jika terdengar suara burung hantu atau gagak hitam di tengah malam, itu petanda musibah.

4. Sekiranya langit cerah dan berwarna merah di waktu malam, itu menandakan seorang raja sedang nazak atau sudah menemui ajalnya(kepercayaan masyarakat zaman kesultanan Melayu dahulu kala)

5. Biasanya kita difahamkan, kalau katak berbunyi, itu petanda akan turunnya hujan pada hari tersebut.

6. Ada juga yang mempercayai kalau katak berbunyi bersahut-sahutan, bermaksud akan berlaku ribut atau puting beliung.

7. Jika banyak kelkatu yang menghurungi cahaya lampu, itu menandakan akan berlaku banjir.

8. Kalau ada kucing membersihkan muka di hadapan pintu, itu menunjukkan akan didatangi tetamu yang cantik dan pembersih.

9. Sekiranya ada burung yang tersesat ke dalam rumah kita, juga menunjukkan tuan rumah akan mendapat rezeki dan ada tetamu yang akan berkunjung ke rumah.

10. Namun jika kumbang atau ‘belalang pelesit’ yang masuk ke dalam rumah, bermakna ada benda mistik yang tidak elok bertandang.

11. Jika cicak berbunyi, itu menunjukkan cicak ‘mengiyakan’ percakapan kita.

12. Sekiranya kita berjalan dan ada binatang melintas di depan juga mempunyai beberapa maksud. Jika kucing yang melintas jalan kita di depan, itu membawa maksud akan bertemu rakan anda sepanjang dalam perjalanan tersebut.

13. Jika biawak pula yang melintas, bersedia untuk menanggung beban. Mungkin melalui kepercayaan inilah wujudnya peribahsa ‘Biawak Hidup’ yang menyamakan dengan manusia yang tidak memberi hasil dan hanya membebankan hidup orang lain.

14. Sekiranya kita didatangi serangga tertentu seperti kala jengking, katak, cengkerik, belalang, kupu-kupu, atau kumbang, sebaiknya tidak diganggu atau dibunuh. Sewajarnya ia dilepaskan di luar rumah kerana kehadiran makhluk serangga sepertini terjadi secara alamiah.

15. Seseorang yang sedang sakit tenat, tiba-tiba didekati atau dihinggapi kupu-kupu, dipercayai kehidupannya sudah tidak lama lagi.

Walaupun kebenaran dari tanda-tanda yang terjadi ini adakalanya banyak diragui, namun masyrakat Melayu terdahulu menganggap memang wujud hubungan antara kejadian-kejadian tersebut dengan alam spiritual disekeliling

Info diatas bertujuan sekadar memberi gambaran bahawa masih ada lagi segelintir masyarakat Melayu yang mempercayai amalan kuno ini, biarpun beberapa kepercayaan ini telah lupus dimamah zaman, tetapi masih wujud lagi di sesetengah tempat dimana mereka mengamalkan amalan tersebut.


Bagaimanapun berbaliklah berpeganglah pada kitab ajaran Islam, dan percayalah disetiap kejadian itu adalah atas kekuasaanNYA…

0 Response to "15 Kepercayaan Tahyul Masyarakat Melayu Yang Masih Lagi Diamalkan !!"