13 Legenda Bola Sepak Malaysia Paling Hebat Dalam Sejarah

Berikut adalah 13 legenda bolasepak negara bagi generasi muda untuk mengenali mereka.

1. Santokh Singh
2
Pertahanan kebangsaan ini terkenal dengan dua perkara. Pertahanan yang kental serta misai yang hebat! Berpasangan dengan rakan pertahanan Soh Chin Aun, pasukan lain akan menghadapi kesukaran untuk menembusi pertahanan mereka.
2. Soh Chin Aun
2
Lebih mesra dengan panggilan ' Tauke"  oleh rakan dan peminat bola, anak kelahiran Melaka ini merupakan pertahanan yang sangat hebat bersama Santokh Singh. Beliau mewakili negara sebanyak 252 kali. Satu rekod dunia walaupun ianya tidak secara rasmi.
3. James Wong
2
Jika Manchester United mempunyai Eric Cantona, Liverpool mempunyai “King” Kenny, Malaysia pula mempunyai James Wong. Penyerang dari Sabah itu mempunyai ketajaman ketika menyerang dan beliau menjaringkan gol kemenangan ketika melawan Korea Selatan dalam kelayakan ke Sukan Olimpik 1980.
4. Hassan Sani
2
Digelar “Lipas Kudung” kerana kelicikannya di atas padang membuatkan pertahanan lawan gentar dengan pemain ini. Bergandingan bersama James Wong menambahkan lagi kegerunan pertahanan lawan.
5. Zainal Abidin Hassan
2
Bolehkah seseorang pemain bola hebat sebagai pertahanan serta penyerang? Zainal boleh dan telah membuktikannya. Bermula sebagai pemain pertahanan dan berubah posisi sebagai penyerang, beliau membantu Pahang menjulang Piala Malaysia buat pertama kali pada tahun 1983.
6. Chow Chee Keong
2
Tidak ramai rakyat Malaysia berpeluang menonton aksi Chow kerana beliau lebih banyak bermain di liga Hong Kong. Tetapi beliau dikenali sebagai penjaga gol terbaik di Asia pada abad ke 20. Beliau juga berpeluang menghadiri latihan di akademi bola West Ham.
7. Isa Bakar
2
Keupayaan Isa Bakar berada di tempat yang betul pada masa yang betul merupakan kebolehan luar biasa yang dimiliki pemain ini. Walaupun tidak se”kuat” penyerang lain, kebolehan tersebut bersama gandingan Mokhtar Dahari menyebabkan beliau turut digeruni lawan.
8. R. Arumugam
2
Jolokan sebagai “Spiderman” bukanlah sengaja kerana beliau sememangnya merupakan seorang penjaga gol yang hebat. Dengan aksi akrobatik serta tangan yang panjang membuatkan beliau mustahil untuk ditewaskan. Namun, beliau kehilangan nyawa dalam satu kemalangan pada tahun 1988 ketika umur beliau 35 tahun.
9. Wong Choon Wah
2
Beliau dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan atau Man of The Match ketika bertemu Jerman Barat pada tahun 1971. Beliau juga bekerja di kedai kopi milik bapanya sambil bermain bola untuk negara.
10. M. Chandran
2
M. Chandran merupakan seorang pemain pertahanan yang kental dan membantu untuk menewaskan Jepun dan Korea Selatan untuk kelayakan ke Sukan Olimpik 1972. Beliau kemudian menjadi jurulatih untuk pasukan Selangor dan Malaysia.
11. Abdul Ghani Minhat
2
Berkebolehan menggunakan kedua-dua belah kakinya, Ghani Minhat merupakan penyerang yang sangat digeruni pihak lawan. Beliau juga pernah menjalani latihan bersama pasukan West Ham serta Arsenal. Beliau kemudian ditawarkan untuk bermain secara profesional bersama kelab Cardiff City. Namun, beliau menolak tawaran tersebut kerana ingin melanjutkan pelajaran di Eropah.
12. Lim Teong Kim
2
Pernah mendengar nama Thomas Muller? Lim bertanggungjawab keatas kejayaan pemain antarabangsa tersebut. Beliau bertanggungjawab melatih Thomas ketika Thomas masih muda di Bayern Munich. Ketika Lim masih muda, beliau bermain di Liga Jerman bersama Hertha Berlin dan sekarang beliau ada ketua untuk pembangunan pemain berpotensi bola sepak Malaysia.
13. Mokhtar Dahari
2
Legenda bola sepak negara paling terkenal “Supermokh”. Gol beliau telah menewaskan pasukan Arsenal dan beradu kekuatan bersama Diego Maradona serta menjaringkan gol ketika bertemu England. Namun, beliau meninggal dunia kerana ALS dan legasi yang ditinggalkan beliau sangat kuat sehingga pernah dibuat teater musikal mengenai perjalanan kehidupan beliau.

0 Response to "13 Legenda Bola Sepak Malaysia Paling Hebat Dalam Sejarah"