Kita semua tahu bahawa Dubai merupakan sebuah bandaraya yang sangat kaya. Berbanding dengan bandar-bandar lain dunia yang mempunyai masalah dengan pencemaran atau bunyi, lain pula dengan bandar terkaya dan mewah ini yang mempunyai masalah aneh; pengabaian kereta mewah di tempat letak kereta di pinggir bandar dan lapangan terbang.
Model-model seperti Ferrari, BMW, Porche … kereta mewah yang terkumpul terutamanya di tempat letak kereta Lapangan Terbang Antarabangsa. Satu contoh yang ketara adalah Ferrari Enzo eksklusif (hanya terdapat 400 di seluruh dunia) yang telah dirampas oleh polis selepas berbulan di tempat letak kereta. Tetapi sudah tentu, ada yang mendapat manfaat daripada semua ini, kereta-kereta mewah yang dirampas akan di lelong dengan harga yang jauh lebih rendah daripada biasa; Ferrari Enzo berkenaan telah dilelong dengan harga $ 1 juta dan kereta-kereta mewah lain.
0 Response to "13 GAMBAR SADIS NASIB KERETA MEWAH DUBAI YANG DIRAMPAS POLIS…"
Post a Comment