10 Manusia Paling Kaya Di Dunia Dalam Bidang Teknologi

Mari kita lihat 10 manusia yang paling kaya di dunia pada masa kini di dalam bidang teknologi. Nilai kekayaan yang dicatatkan pada setiap individu adalah berdasarkan penilaian terkini yang diperolehi dari website Wikipedia.

1. Bill Gates
Nilai Kekayaan : $76 biilion
Syarikat : Microsoft
2
Pengasas kepada Microsoft ini telah beberapa kali memegang gelaran sebagai orang paling kaya di dunia. Menurut majalah Bloomberg, pada tahun 2013, beliau telah merampas semula kedudukan sebagai orang pertama yang paling kaya di dunia. Beliau telah meletakkan jawatan sebagai CEO Microsoft pada tahun 2000, dan kini hanya memegang jawatan dan bertindak sebagai penasihat teknologi kepada Microsoft.
2. Carlos Slim
Nilai Kekayaan : $70.3 biilion
Syarikat : Telmex, América Móvil , Grupo Carso
2
Carlos Slim adalah merupakan usahawan dari Mexico dan berketurunan Lubnan. Sememangnya beliau tidak begitu popular jika dibandingkan dengan jutawan-jutawan lain. Pada masa ini, Carlos Slim merupakan pengerusi dan ketua eksekutif kepada syarikat telekomunikasi Telmex dan America Movil.
America Movil, adalah merupakan syarikat telekomukasi terbesar di Amerika Latin, dan ia telah menyumbang sekitar AS $49 bilion kepada kekayaan Slim.
3. Larry Ellison
Nilai Kekayaan : $48 biilion
Syarikat : Oracle
2
Larry Ellison adalah merupakan pengasas bersama syarikat Oracle, iaitu sebuah syarikat perisian yang mengkhusus kepada pangkalan data. Dilahirkan pada 17 Ogos 1944, Ellison kini berumur 70 tahun dan merupakan antara billionaire yang paling tua di dalam bidang teknologi. Jadi, tidak hairanlah mengapa beliau telah menderma $ 445 juta kepada yayasan perubatan untuk menyokong penyelidikan berkaitan penuaan serta penyakit yang berkaitan dengan usia.
4. Larry Page
Nilai Kekayaan : $32.3 biilion
Syarikat : Google
2
Lawrence Page dilahirkan pada 26 Mac 1973 dan merupakan pengasas bersama Google. Beliau dan Sergey Brin memegang saham di Google sebanyak 16%. Beliau kini memegang jawatan CEO di Google menggantikan Eric Schmidt yang telah bersara pada tahun 2011 lalu.


5. Sergey Brin
Nilai Kekayaan : $28.9 biilion
Syarikat : Google
2
Dilahirkan di Moscow, Rusia dan kemudiannya berpindah ke Amerika pada usia 6 tahun. Sergey Brin telah bertemu Larry Page ketika menuntut di Stanford Universiti di mana, mereka berdua telah membina enjin carian Google dari bilik asrama mereka. Apabila enjin carian Google mula menjadi popular, beliau telah mengambil keputusan untuk menangguhkan pengajian PHD beliau dan mula menyewa sebuah garaj kecil sebagai pejabat Google.
6. Jeff Bezos
Nilai Kekayaan : $28.9 biilion
Syarikat : Amazon
2
Pada tahun 1994, Jeff Bezos telah meninggalkan pekerjaan beliau sebagai naib Presiden DE Shaw & Co, sebuah firma Wall Street dan mula mengasaskan Amazon dari bilik garaj rumah beliau. Bermula dengan hanya menjual buku, Amazon kini merupakan kedai terbesar di dunia yang menjual pelbagai produk, dari baju hinggalah kepada aksesori kereta.
7. Mark Zuckerberg
Nilai Kekayaan : $25.3 biilion
Syarikat : Facebook
2
Pengasas kepada Facebook ini hanya menerima gaji sebanyak $1 dollar sahaja pada tahun lalu dari syarikatnya. Namun begitu, kekayaan peribadinya dianggarkan bernilai $25.3 billion pada April 2014. Bermula dari bilik asrama Universiti Harvard, beliau bersama beberapa rakan beliau telah menghasilkan Facebook untuk kegunaan pelajar-pelajar universiti tersebut sebagai buku alamat bergambar pada tahun 2004. Namun kini, Facebook telah berkembang sebagai syarikat gergasi teknologi dan digunakan oleh lebih 1.3 billion pengguna dari seluruh dunia.
8. Steve Ballmer
Nilai Kekayaan : $20.7 biilion
Syarikat : Microsoft
2
Steven Anthony “Steve” Ballmer adalah ahli perniagaan Amerika yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft dari Januari 2000 hingga Februari 2014. Pada 4 Februari 2014, Ballmer telah bersara sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan digantikan oleh Satya Nadella, namun begitu beliau masih lagi merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah Microsoft dan merupakan pemegang saham Microsoft yang terbesar pada waktu ini.
9. Michael Dell
Nilai Bersih : $15.9 billion
Syarikat : DELL
2
Bermula dengan memasang dan menjual komputer di bilik asrama pada 29 tahun yang lalu, Michael Dell masih lagi memegang jawatan sebagai CEO kepada syarikat DELL. Pada awal tahun lalu (2013), syarikat DELL telah mengambil keputusan untuk keluar dari disenaraikan di pasaran saham dan kini lebih selesa menjadi syarikat sendirian berhad. Ianya adalah bertujuan untuk memudahkan syarikat tersebut bertukar arah dari sebuah syarikat peralatan komputer kepada syarikat perniagaan yang berasaskan kepada perisian komputer.
10. Paul G. Allen
Nilai Kekayaan : $15 billion
Syarikat : Microsoft
2
Pengasas bersama Microsoft ini hanya memiliki sekitar $2 billion saham Microsoft. Namun begitu, beliau adalah pemilik syarikat kumpulan Vulcan, iaitu sebuah syarikat pelaburan yang melabur dalam pelbagai bidang seperti hartanah, media, perubatan dan juga teknologi.
Pada akhir tahun 2012 beliau telah menjual 12-bangunan kampus di Seattle kepada Amazon, dengan harga $1.15 billion. Beliau juga merupakan pemilik kepada pasukan rugbi Seattle Seahawks dan pasukan bola keranjang Portland Trailblazers. Baru-baru ini, beliau telah melancarkan album country rock beliau yang terbaru berjudul “Everywhere At Once” bersama kumpulan muzik beliau “The Underthinkers”.

0 Response to "10 Manusia Paling Kaya Di Dunia Dalam Bidang Teknologi"