Khaty Fauziah Disaman Guna Plat MOMMY

khaty fauziah

Smart jugak nombor plat kereta Khaty Fauziah ini. MCM1774 ditukarkan sehingga menjadi MOMMY. Tidak mengikut spesifikasi JPJ. Akibatnya, Khaty telah disaman ketika memandu kereta Audi Q5nya yang dihadiahkan oleh anaknya, Shaheizy Sam di Lebuhraya DUKE.

khaty fauziah
Kami respek dengan Khaty Fauziah yang jelas tenang menyedari kesalahan yang dilakukan olehnya. Kata Khaty:-
Selepas ini mummy agak takut untuk memandu lagi. Mummy sedar dan akur dengan kesalahan ini. Sebagai artis kita juga harus patuh dengan undang-undang yang ditetapkan kerajaan. Tiada hak keistimewaan kepada golongan seni dan polis hanya menjalankan tugas mengikut undang.undang.
Mummy akan minta Sam untuk segera menukar plat nombor pendaftaran ini. Nasihat Mummy kepada golongan seni, siapa pun kita, undang-undang harus dipatuhi.

Semoga kes ini mejadi pengajaran untuk kita semua. Semoga lebih adil dan telus di masa hadapan. Sumber Berita Harian.

0 Response to "Khaty Fauziah Disaman Guna Plat MOMMY"