Maut digilis treler angkara memerang

Pelabuhan Klang: Dua rakan yang menaiki sebuah motosikal maut apabila kenderaan dinaiki dilanggar sebelum mangsa digilis treler di Jalan Pelabuhan Klang menghala Shah Alam berhampiran susur keluar ke Taman Botanik, malam tadi.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian 9.30 malam itu, kedua-dua mangsa dikatakan mengelak memerang yang melintas di tengah jalan dan lori kontena yang berada di belakang mereka sempat mengelak ke kanan jalan daripada melanggar kedua-duanya.
Bagaimanapun katanya, sebuah lagi treler dari arah sama cuba mengelak lori kontena berkenaan sebelum melanggar kedua-dua mangsa.
Menurutnya, kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat.
Difahamkan mangsa lelaki berusia 48 tahun manakala mangsa perempuan berusia 43 tahun

0 Response to "Maut digilis treler angkara memerang"