Saya Harap Dia Mati Macam Anak Saya Mati - Ibu



PETALING JAYA: Mengambil jenazah anaknya di Universiti Malaya Medical Centre yang meninggal akibat cedera parah selepas diserang enam lelaki, ibu kepada Mohd Farhan berkata dia mahu bersemuka sendiri dengan pembunuh anaknya.


"Saya mahu tanya kenapa dia bunuh anak saya. Saya harap dia mati macam anak saya mati", kata Suriah Asibi, 47, memetik laporan dari The Star.

Anaknya, Mohd Farhan Osmera, 18, dilaporkan cedera parah setelah dipercayai diserang oleh enam lelaki dipercayai bersaudara di Apartmen Permai, dekat Damansara dua hari lepas. Setelah 12 jam bertarung nyawa di hospital, Mohd Farhan akhirnya meninggal dunia di sana.

Menurut laporan, mangsa dikatakan berselisihan faham dengan seorang rakannya di gelanggang futsal kira-kira jam 8 malam. Walaupun pertelingkahan itu berjaya dileraikan oleh orang ramai, namun suspek bertindak menyerang mangsa sejam kemudian bersama-sama sanak-saudaranya. - THE STAR

Related Posts :

  • Anggota Polis Parah Dirempuh Seremban: Seorang anggota polis parah dan seorang lagi cedera di muka selepas kereta peronda (MPV) dinaiki dirempuh sebuah kenderaan di… Read More...
  • Roti kembang tekak Georgetown: Sebuah premis membuat roti benggali yang popular di negeri ini beroperasi di Jalan Datuk Keramat diarah tutup selama 14 hari … Read More...
  • Ajal tiga beranak Dungun: Tiga beranak maut selepas Perodua Alza dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler muatan kayu balak di Kilomet… Read More...
  • Wanita warga emas diseret peragut Port Dickson: "Kami terkejut apabila mendengar jeritan dan mendapati seorang wanita warga emas diseret oleh dua lelaki yang menaiki motos… Read More...
  • Terbunuh depan adik Tapah: Seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Tapah, di sini, maut apabila motosikal ditunggangnya terbab… Read More...

0 Response to "Saya Harap Dia Mati Macam Anak Saya Mati - Ibu"