Empat parah lapan motosikal bertembung


Georgetown: Empat parah manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lapan motosikal di Gelugor, 3 pagi tadi.


Sebelum kejadian kesemua mangsa dipercayai berlumba di laluan berkenaan.
Bagaimanapun, ketika sampai di lokasi kejadian seorang daripada penunggang gagal mengawal kenderaannya.

Ia menyebabkan kenderaaan itu bergesel dengan motosikal lain dan dirempuh oleh beberapa lagi penunggang yang gagal mengelak.

Penghuni kediaman berhampiran kemudian membantu mangsa kemalangan selepas dikejutkan dengan bunyi yang kuat akibat kemalangan berlaku. - METRO ONLINE

0 Response to "Empat parah lapan motosikal bertembung"