Awie Pilih untuk Bercerai dengan Rozana



Jika dilihat kepada perkembangan terkini kemelut rumahtangga Awie dan isterinya Rozana Misbun memang akan berpanjangan selepas perbincangan untuk selesaikan perkara ini diluar mahkamah tidak dilayan oleh si isteri yang mahu terus menegakkan pendirian di mahkamah.

“Saya inginkan masalah ini selesai di luar mahkamah kerana kisah rumah tangga hanya timbulkan aib bukan sahaja pada saya, bahkan kepada keluarga dan anak-anak. Saya telah beri cadangan kepada pihak Rozana untuk selesaikan kes ini di luar mahkamah kerana ia lebih baik untuk kedua-dua pihak, tetapi pihak Rozana menolaknya,” jelas Awie kepada Kosmo!.
Mengulas tentang dakwaan yang sijil pernikahan beliau bersama Rozana selama sembilan tahun yang didakwa palsu. Awie mendakwa tindakan Rozana mengangkat perkara itu kini seakan mahu mengaibkan dirinya sedangkan mereka sudah berkahwin lama.
“Jika sedar yang sijil nikah itu palsu, sedangkan kami telah berkahwin selama sembilan tahun dan mempunyai tiga orang anak, mengapa baru sekarang baru isu itu dibangkitkan semula, adakah mahu memalukan saya?” tambahnya lagi.
Awie turut menambah yang beliau tidak nampak masa hadapan bersama Rozana lagi selepas ini & memberikan bayangan yang mereka bakal bercerai selepas kemelut ini selesai.
“Rasanya kami berdua sudah tidak boleh bersama lagi. Selepas kes ini selesai di mahkamah, saya tidak mahu dia hadir dalam kehidupan saya lagi,” ujar Awie.

Sumber: Rotikaya

0 Response to "Awie Pilih untuk Bercerai dengan Rozana"