Penerbangan ditangguhkan ekoran banjir



Georgetown: Beberapa penerbangan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) terpaksa ditangguhkan seketika berikutan hujan lebat, 2.30 petang tadi.


Ia menyebabkan pesawat berkenaan terpaksa berlegar di udara selama 30 minit sebelum mendapat kebenaran untuk mendarat.

Pengurus Keselamatan PIA Abdul Razak Hussin berkata, pendaratan pesawat itu terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan hujan lebat luar biasa yang berlaku.


"Namun selepas mendapati landasan selamat digunakan kesemua penerbangan itu dibenarkan untuk mendarat.

"Tindakan ini dilakukan bagi menjamin keselamatan penumpang dan pesawat yang mendarat," katanya.
Selain itu, hujan turut menyebabkan banjir kilat di kawasan pintu masuk balai ketibaan PIA.

Air yang naik separas buku lali itu bagaimanapun surut 30 minit kemudian, ia merupakan kejadian kali keenam selepas sistem saliran baru lapangan terbang itu disiapkan awal tahun ini dengan kos RM250 juta.

0 Response to "Penerbangan ditangguhkan ekoran banjir"