Nabong Pakar cari mangsa lemas



Kuala Berang: "Lebih 20 mayat mangsa lemas saya temui ketika membantu pihak berkuasa dalam operasi mencari dan menyelamat di Lubuk Berhala, Air Terjun Belukar Bukit, di sini," kata Mohd Nazri Mat Sharif, 35, yang lebih popular dengan panggilan Nabong dalam kalangan penduduk setempat.

Menurutnya, setiap kali menyelam, dia mampu bertahan sehingga tiga minit untuk mencari mangsa lemas selain mampu bertahan dua hingga tiga jam berada di dalam air bagi membantu pihak berkuasa menjalankan operasi menyelamat.
Katanya, satu daripada lokasi di kawasan air terjun itu dinamakan 'Lubuk Berhala' berikutan mempunyai kisah yang kononnya terdapat berhala berbentuk seekor kucing di dalam lubuk itu.
"Kedalaman air di kawasan itu mencecah 10 meter dan amat berbahaya bagi pengunjung tidak pandai berenang berikutan di bawahnya berbentuk satu kawah besar.
"Selain itu, pusaran air di bahagian bawah lubuk berkenaan menjadi faktor mengakibatkan pengunjung cepat letih dan mudah tenggelam.
"Biasanya saya menyelam dan mencari mangsa lemas di bahagian hujung pusaran air kerana selalunya mayat berada di kawasan itu," katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, baru-baru ini. - Harian Metro

0 Response to "Nabong Pakar cari mangsa lemas"